
1) buat entry tajuknya ' Hadiah Ulangtahun Perkahwinan '
2) add blog mama aqif ngan blog aunty sherry kat dalam bloglist tau ;p
3) letakla banner gambar mama aqif n family dalam entry n link back ke entry ni ye
-saje nak promote mama aqif hahahaha ...
4) dalam entry tu korang letak ar gmbr kahwin korg yg cun2 ;p
kalau tak kawin lagi letak ar gmbr tunang
kalau tak tunang lagi, letak ar gmbr korg ngah berposing sakan
-sesaje nak suh korg promote diri korg plak ;p
5) pastu cerita sikit gana korg kenal ngan pasangan (saje nak tahu :p ), kalau takde pasangan lagi korg cerita la apa2 yg korg nak cerita
6) pastu cam biasa tinggalkan la comment kat entry ni
Gambar perkahwinan jadi tatapan
Di hari bahagia kenangan tersimpan
Semoga jodoh kekal berkekalan
Bersama zuriat pelengkap kehidupan
Adat berkahwinan pasti ada terguris perasaan
Bersama berbincang pulihkan keadaan
Semoga tabah merencana masa depan
Rahmat yang Esa di pohon dariMu Tuhan
Agar berkat mendapat perlindungan
Ke akhir hayat bahagia diharapkan..
aminnnnnn..
“Perumpamaan orang-orang beriman dalam kecintaan, kelembutan dan kasih sayang di antara mereka ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota sakit, maka seluruh anggota turut merasakannya dengan tetap berjaga dan demam.” Rasulullah s.a.w (Muslim & Ahmad)."
Mutiara kata bagi mereka yang sedang melayari bahtera rumahtangga....
Bersama Tok Kadi debaran terasa
Peluh memercik rasa tak selesa
Kisah percintaan aku bersama isteriku sangat indah dan manis. Walaupun pada awalnya kami saling membenci, namun inilah yang dikatakan jodoh. Sudah tertulis dia adalah milikku.
Ketika di sekolah menengah, aku telah berkenalan dengan salah seorang kenalan isteriku. Kami berada di tingkatan yang sama namun kelas yang berbeza. Ketika itu kami sama-sama tinggal di asrama. Walaupun kami sering berjumpa namun itulah bukan alasan untukku lalai dalam pelajaran. Disebabkan gadis tersebut berada di kelas yang lebih bagus dariku, jadi secara tidak langsung banyak perkara mengenai pelajaran telah ku rujuk padanya.
Namun tidak semua percintaan itu berakhir dengan ikatan yang bahagia. Aku tahu aku tidak secerdiknya, sedang dia berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, aku pula hanya berjaya menempatkan diri di politeknik. Diriku sering menjadi ejekan keluarganya...."tidak setaraf", kata mereka. Aku belajar bersungguh-sungguh, ingin aku buktikan pada mereka bahawa aku juga layak untuk berjaya.
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya dalam akademik dan layak untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di salah sebuah univrsiti tempatan di tanah air. Sedang aku bertungkus lumus untuk membuktikan padanya, pada keluarnya bahawa aku boleh berjaya, gadis yang aku cintai ketika itu pula bermain asrama dengan lelaki lain. Hanya Tuhan yang tahu betapa hancur luluhnya hatiku.
Tuhan lebih mengetahui... setiap yang berlaku ada hikmahnya, ketika itu impian untukku mengejar cecita kian pudar... aku belajar demi untik menempatkan diriku setaraf dengannya, tapi kini hanya bayang-bayang yang aku kejar. Di saat kekecewaan yang amat sangat melanda diriku, aku telah diperkenalkan dengan seorang lagi gadis di kampungku oleh rakan-rakan yang turut bersimpati melihat nasibku. Kini cahaya mentari mula menyinar. Walaupun pada awalnya aku amat membenci wanita dan sukar untuk luka hatiku pulih kembali, namun kesabaran gadis yang baru ku kenali itu telah mencairkan hatiku.
Ikin.. begitulah nama yang ku panggil pada kenalan baruku itu. Pada awal perkenalan kami, aku sering baran dan memberontak terhadapnya walaupun ianya adalah kesalahan kecil yang telah dilakukan oleh Ikin. Aku terlalu takut untuk dikecewakan pada kali kedua, oleh sebab itulah aku sering mengongkongnya. Malah setiap sms dan nombor telefon yang ada di dalam handphonenya telah aku semak untuk memastikan tiada nombor lelaki lain. Aku tahu aku terlalu kejam padanya..... aku takut..takut untuk menerima kegagalan lagi.
Berkat kesabaran Ikin telah menjatuhkan egoku, kini hatiku terbuka untuknya.. terbuka dengan ikhlasnya. Aku telah dapat melupakan kesakitan lalu. Aku juga telah berjaya dalam pelajaranku dan berjaya mendapat Anugerah Dekan. Aku bersyukur kerana telah menemui suri hatiku yang terlalu banyak berkorban dan bersabar dengan karenahku. Ikin memnabntu aku untuk bangkit. Sejak dari hari pertama perkenalan kami, beliau sentiasa mengingatkan aku tentang pentingnya ilmu pengetahuan untuk memberikan masa depan yang lebih cerah. Aku akur akan kata-katanya kerana beliau ketika itu adalah seorang guru yang lebih tahu tentang soal masa depan.
Alhamdulillah niatku untuk memperisterikan Ikin telah mendapat restu dari ibuku dan juga keluarganya. Malah keluargaku sangat setuju dengan pilihanku. Kali pertama aku membawa Ikin ke rumah untuk memperkenalkan pada ibuku, ibuku sudah tertarik pada tutur kata Ikin yang sopan dan menghormati orang yang lebih tua. Ikin juga pandai mengambil hati ibuku. Ketika kali pertama aku berjumpa orang tuanya pula, keluarganya tidak habis-habis menyakat aku dan membuatkan kami tidak kering gusi apatah lagi melihat aku sentiasa tersengih-sengih menahan malu. Hampir dua tahun perkenalan kami, kami telah diikatkan dengan tali pertunangan.
Kini aku telah berubah, hatiku telah menjadi miliknya. Aku sayang keluargaku sepenuh hati. Tanggal 25 Disember 2007 kami telah disatukan. Airmata lelaki ini telah gugur kerana rasa bersyukur atas kurniaan yang telah Allah berikan padaku. Menggantikan yang lebih dari dari sebelumnya.Semoga jodoh yang kami bina ini mendapat rahmat dariMu...aminnnn
"Ya Allah,Kau panjangkanlah jodoh kami dan kau satukanlah kami dan kau berkatilah hubungan kami Ya Allah. Aku amat menyintainya. Hanya dia di dalam hatiku dulu kini dan selamanya. Aku memohon padamu Ya Allah. kau kabulkanlah doaku ini Ya Allah. Kau kabulkanlah Ya Allah..."
No comments:
Post a Comment